Exco /  admin /  21 May 2018
Program Roadshow Integriti adalah merupakan satu usaha murni yang dilaksanakan oleh pihak Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dalam konteks untuk melaporkan dan mendapatkan maklumbalas status integriti di negeri-negeri di Malaysia termasuk negeri Kelantan. Menurut Dato’ Adnan Hussin, kerajaan negeri akan membangunkan Pelan Integriti Negeri Kelantan dan juga Pelan Integriti Pejabat SUK Kelantan bagi membolehkaan agensia-agensi kerajaan negeri mempunyai Pelan Integriti Organisasi masing-masing. Menurut Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff pula, Roadshow Integriti akan membolehkan isu-isu setempat di peringkat negeri dihalusi dengan lebih mendalam dan diketengahkan untuk mencari penyelesaian. Seramai 250 peserta terdiri daripada kalangan penjawat awam, anggota beruniform dan beberapa agensi lain yang turut mengikuti program roadshow integriti tersebut. Menerusi Roadshow Integriti segala maklumat berkaitan isu integriti di peringkat negeri akan dimuat naik dalam sistem yang dinamakan sebagai “Dashboard Integriti”, yang merupakan satu paparan dalam bentuk pembangunan analisa yang berinformatif dan interaktif.

Related Videos