Exco /  admin /  21 May 2018
Majlis Penyerahan Royalti Jongkong Emas Kepada Kerajaan Negeri Kelantan telah disempurnakan oleh YMM Pemangku Raja Kelantan di Hotel Perdana pada 28 Februari lepas. YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan ketika mempersembahkan ucapan berkata, kaedah itu telah mula dilaksanakan bermula tahun lepas. Pihak Kerajaan Negeri menjangkakan sekurang-kurangnya 10 kilogram jongkong emas dapat disimpan bagi setiap tahun dan menjadi sebanyak 50 kilogram rizab simpanan emas untuk tempoh 5 tahun. Perlombongan emas berskala besar tercetus pada tahun 2014, melalui pemberian lesen melombong kepada PKINK secara usahasama dengan Syarikat CNMC Mining Sdn. Bhd. Pendekatan ini menyumbang hasil kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM40.4 juta bagi tempoh tahun 2014-2017 melalui pungutan bayaran royalti pada kadar 10%. Turut hadir mengiringi pada majlis berkenaan, YBM Tan Sri Dato' Tengku Temenggong Kelantan, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Speaker Dewan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, serta beberapa kepimpinan negeri yang lain.

Related Videos