Exco /  admin /  21 May 2018
Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra berkenan mencemar duli menyempurnakan perasmian bangunan tambahan Mahaad Taqaddum Maarif, Pasir Tumboh pada Februari yang lalu. Menurut Nik Mohd. Azlan Abd. Hadi, insfrasktruktur sebegini telah memberi impak positif buat para pelajar dan guru dalam menjalani aktiviti pengajian di sekolah tersebut. Bangunan tambahan 3 tingkat yang bernilai RM1.5 juta itu dibina hasil sumbangan wang ehsan Kerajaan Persekutuan yang disalurkan menerusi MAIK. Seramai 320 pelajar menggunakan bangunan berkenaan untuk sesi pembelajaran yang siap sepenuhnya pada 14 September lalu. Baginda turut turun mencemar duli melawat sekitar bangunan dan beramah mesra bersama pelajar

Related Videos