Exco /  admin /  21 May 2018
Bank Muamalat Malaysia Berhad dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah melancarkan Wakaf MAIK Muamalat bagi kerjasama strategik dalam kutipan dan pengurusan wakaf tunai di Kelantan pada Januari lalu. Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra. Menurut Dato’ Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat berkata, pelaksanaan Wakaf MAIK Muamalat tersebut turut didukung lima bank lain yang bergabung di bawah Persatuan Perbankan Islam Malaysia. Katanya, kerjasama strategik itu akan memberi kemudahan kepada pelanggan bank dan orang ramai untuk melaksanakan ibadah wakaf dengan lebih sempurna. Beliau berkata Bank Muamalat telah memulakan perkhidmatan wakaf sejak tahun 2012 dan akan menggunakan pengalaman serta kepakaran ini untuk meningkatkan keyakinan masyarakat menyumbang kepada Wakaf Maik Muamalat. Pada majlis itu, perjanjian persefahaman ditandatangani antara MAIK dan Bank Muamalat dengan cek bernilai lima ratus ribu ringgit kepada MAIK daripada Wakaf MAIK Muamalat yang turut disaksikan oleh Pemangku Raja Kelantan. Terdahulu, Nik Mohd Azlan berkata pihak MAIK akan memberi fokus terhadap sektor pendidikan dan kesihatan melalui Wakaf MAIK Muamalat dan projek pertama adalah sebuah pusat muallaf di Tumpat. Slot ceramah ringkas berkaitan Wakaf Tunai telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hafiz Bin Haji Fauzi, Ketua Jabatan Dakwah, Wakaf dan Zakat, Bank Muamalat Malaysia Berhad

Related Videos