Exco /  admin /  20 May 2018
Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Pelancaran Petak Kajian Pokok Eucalyptus Negeri Kelantan yang bertempat di Hutan Simpan Sungai Betis, Gua Musang. Penanaman pokok tersebut amat sesuai berikutan faktor geologi, tanah, dan taburan hujan di sekitar Gua Musang dan Lojing untuk dilaksanakan projek tanaman itu. Disamping itu juga, ia mampu menjana hasil Negeri Kelantan dalam sektor perkayuan dan dalam masa yang sama membantu kelestarian pemulihan dan pemeliharaan alam sekitar. Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis perasmian tersebut. Eucalyptus atau dikenali dengan nama Kayu Putih boleh diproses untuk penghasilan minyak asli bagi kegunaan perubatan dan bahan api. Manakala kayunya sesuai diguna sebagai kayu perabot, papan lapis dan cerucuk bangunan. Turut hadir bersama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pengarah Perhutanan Negeri, dan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Taufik Maidin.

Related Videos