Exco /  admin /  22 May 2018
Empat muka baru merupakan antara 10 orang Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra bertempat di Istana Kota Lama, hari ini. .Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Roslan Wan Hamat yang memenangi DUN Pengkalan Kubor merupakan salah seorang yang telah dilantik. Tiga orang lagi adalah ADUN Selising, Tuan Saripudin Tuan Ismail, ADUN Kadok, Azami Mohd Nor dan ADUN Kijang, Dr Izani Husin..Majlis Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Exco Kerajaan Negeri diketuai ADUN Panchor, Dato' Mohd Amar Nik Abdullah yang telah dilantik semula sebagai Timbalan Menteri Besar. .Dalam majlis berkenaan, turut mengangkat sumpah, empat lantikan semula iaitu Mejar Dato' Md Anizam Abd Rahman (ADUN Kemahang), Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan (ADUN Temangan), Dato' Hanifa Ahmad (ADUN Pengkalan Pasir) dan Hjh Mumtaz Md Nawi (ADUN Demit), .Exco lama yang digugurkan adalah Dato' Ahmad Fattah Mahmood, Dato' Anuar Tan Abdullah dan Dato' Dr Ramli Mamat manakala Dato' Che Abdullah Mat Nawi tidak lagi dilantik semula kerana sudah menjadi Ahli Dewan Rakyat.

Related Videos