Exco /  admin /  22 May 2018
Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia telah mengadakan program “Mari Membaca Serentak Selama 10 Minit” secara serentak seluruh Malaysia. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Dato’ Mohamad Awang berkata, program ini merupakan inisiatif untuk memupuk amalan membaca di kalangan masyarakat sekaligus dapat membudayakan amalan membaca ini secara berterusan. Menurut Mohd Azizi, program ini telah dilaksanakan setiap tahun bermula tahun 2014 dan semakin mendapat sambutan yang memberansangkan dari seluruh rakyat Malaysia terutamanya dari kalangan para pelajar. Majlis turut diserikan dengan slot ceramah ringkas, pengurniaan hadiah, persembahan syarahan Bahasa Inggeris serta persembahan kalam jama’ie daripada pelajar.

Related Videos