Exco /  admin /  22 May 2018
Solat merupakan ibadah yang menghubungkan seseorang hamba dengan Allah, serta merupakan asas utama dalam membentuk peribadi seorang muslim yang sejati. Sejak daripada tahun 1990, kerajaan negeri Kelantan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengikuti segala tuntutan syariat Allah dengan mengutamakan pembinaan generasi solat sehingga menobatkan program bulan solat dalam kehidupan rakyat negeri Kelantan. Nassuruddin Daud berkata, dengan penekanan ibadah solat dapat melahirkan insan yang bersahsiah dan berakhlak mulia sekaligus dapat menghalang diri seseorang daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. Terdahulu, Che Abdul Rahim berkata pihak JAHEIK turut bersama-sama menyambut bulan solat dengan tujuan untuk menyatupadukan umat islam di negeri Kelantan dalam membina keluarga dan masyarakat yang baik dalam kehidupan seharian.

Related Videos