Exco /  admin /  22 May 2018
Satu Program Konsultasi Pembangunan Industri Pembuatan Berasaskan Kayu Lestari Negeri Kelantan telah berjaya diadakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan bertempat di Dewan Teratai Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu pada 18 April lalu. Objektif konsultasi diadakan bertujuan membincang keperluan industri pembuatan berasas sumber hutan kayu dan bukan kayu serta mencadangkan strategi pembangunan industri pembuatan berasas sumber hutan di negeri Kelantan. Industri berasaskan kayu melibatkan hala tuju dan merangka penstrukturan semula industri pembuatan kayu di negeri Kelantan, disamping pemutihan kilang-kilang haram di negeri Kelantan. Jabatan Perhutanan Kelantan juga telah menjalin kerjasama diantara Universiti Malaysia Kelantan bagi menyediakan kajian keperluan industri pembuatan berasas sumber hutan di negeri Kelantan serta bagi memastikan kelestarian sumber industri berasaskan kayu bagi pembangunan sosio ekonomi negeri. Taklimat kajian keperluan pembangunan industri pembuatan berasaskan sumber hutan disampaikan oleh Dr. Yunus Zakaria daripada Universiti Malaysia Kelantan.

Related Videos