Dataran Cheng Ho Jadi Mercu Tanda Baru

Watch the video

Dataran Cheng Ho Jadi Mercu Tanda Baru

Pintu Gerbang Dataran Cheng Ho bakal menjadi mercu tanda baharu khususnya bagi masyarakat Cina di daerah Kota Bharu.

Ahmad berkata, pintu gerbang tersebut merupakan satu simbolik kepada keharmonian hidup masyarakat pelbagai kaum di negeri Kelantan.

 

Beliau ditemui ketika merasmikan Pintu Gerbang Dataran Cheng Ho bersempena Sambutan Pesta Tanglung pada 5 Oktober lepas di Kota Bharu.

 

Mercu tanda ini adalah hasil cetusan idea Allahyarham Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika merasmikan Pesta Tanglung di lokasi sama pada tahun 2013. Pintu gerbang yang dianggarkan bernilai enam ratus ribu ringgit yang direka mengikut seni bina Cina bersempena dengan nama Laksamana Cheng Ho dan merupakan seorang tokoh hebat terawal datang ke rantau ini serta dikagumi seluruh masyarakat.

 

Turut hadir bersama pada malam itu, Dato’ Anuar Tan Abdullah, Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato’ Takiyuddin Hassan, dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Dato’ Zamri Ismail.

 

Pelbagai acara menarik telah diadakan sepanjang majlis tersebut yang dihadiri hampir lima ribu masyarakat pelbagai kaum seperti persembahan gendang Cina, orkestra muzik Cina, tarian naga dan dikir barat Cina.