Rwanda Dan Kenya Sertai Cabaran Gunung Stong

Watch the video

Rwanda Dan Kenya Sertai Cabaran Gunung Stong

Seramai 253 peserta termasuk peserta antarabangsa dari negara Rwanda dan Kenya telah mengambil bahagian dalam program Mount Stong International Climbathon 2017 pada 12 Ogos lepas bertempat di Gunung Stong, Dabong.

Program kali kelima ini merupakan anjuran Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) dengan kerjasama Majlis Daerah Dabong, Persatuan Pendaki Muslim dan Persatuan Malim Gunung Kelantan.

Sebanyak lapan kategori telah dipertandingkan antaranya kategori
Laluan sejauh 14.5 kilometer itu merupakan cabaran yang perlu dilalui oleh peserta termasuk peserta yang terdiri dari golongan warga emas.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan dengan jayanya oleh Timbalan Ketua Jajahan Kuala Krai, Encik Nik Raisnan Bin Haji Daud. Turut hadir bersama ialah Setiausaha Majlis Daerah Dabong, Encik Nik Mohamad Fahmi Bin Nik Daud.