Rahsia Ibadat Solat Kini Terungkap

Watch the video

Rahsia Ibadat Solat Kini Terungkap

Solat merupakan tiang agama dan tanpa disedari, begitu banyak yang tersirat dalam ibadah yang belum terungkap.

 

Oleh itu, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Kerajaan Negeri Kelantan telah menganjurkan Seminar Sains Solat bertujuan merungkai rahsia saintifik disebalik solat.

 

Menurut Mohamad Zaki, hasrat Kerajaan Negeri adalah ingin menghasilkan para muslim yang mengamalkan Islam sebagai cara hidup dengan solat sebagai terasnya terutama kepada peserta yang hadir.

 

Beliau ditemui ketika merasmikan Seminar Sains Solat yang telah diadakan di Dewan Jubli Perak Panji 17 Julai lepas. Hampir 500 orang telah hadir memenuhi seminar tersebut yang dihadiri oleh para pelajar tahfiz dan pelajar pondok, serta kakitangan kerajaan negeri.

 

Seminar itu telah dibentangkan oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim daripada Universiti Malaya dan merupakan antara penulis buku “Solat Dari Perspektif Sains.